Salam 'alaykum..
Penulisan kali ni ana nak bercakap tentang lelaki..yang perempuan baca elok2 ye. Jangan ada timbul rasa tak puas hati bila dah abis baca..hehe.
Pernah x antum tengok lelaki menangis? Kalau ada yang pernah, mesti cakap lebih kurang cam ni, "ish..buruk benor lelaki tu menangis..x macho langsung..." ataupun yang sewaktu dengannya..huhu.
Tapi..ana nak tanya kenapa ada yang rasa pelik kalau lelaki menangis? Pelik sangat ke bila sang Adam keluarkan air matanya? Bagi ana, benda tu x pelik langsung, tapi cuma biar kena pada tempatnya..kalau tak, mungkin lelaki ni gila.. haha.
Sebenarnya, antum ingat lelaki tak boleh menangis ke? Kita sekarang dah maju, pemikiran pun kena la maju seiring zaman..lelaki pun boleh menangis ape, jangan ingat air mata tu Allah beri hanya diguna pada perempuan je, rugi la lelaki sebab tak nak guna nikmat air mata tu.
Persoalannya..kenapa sukar untuk melihat lelaki menangis? Mungkin mahal kot..hahahaha, untuk perempuan, bekalan air tu banyak..so digunakanlah dengan sepenuhnya..kuikui. Ayat yang lebih kurang sama untuk lelaki yang susah nak menangis, “Ala, lelaki… konfem nak tunjuk macho la tu…”.
Antara alasan yang tak releven kenapa lelaki payah nak menangis ialah..jeng..jeng..jeng.. :
- Lelaki sebenarnya bukan tak mahu menangis, cuma perasaan menghargai tu sentiasa wujud dalam diri. Tak nak la membazir air mata tu. Air tu akan diguna bila nak bersihkan mata katanya,
tak pun masa air xde. Tu sebab la lelaki tak menangis.
- Kedua, lelaki amat suka
sampai kembangkalau perempuan puji dia. Kan kalau lelaki tak menangis, perempuan selalunya akan cakap ayat sebegini, “Eleh, nak tunjuk macho la tu…”. Perhatikan perkataan "macho" wujud disitu, secara tak langsung, pujian dari perempuan telah diperolehi..hehe. Bila perempuan nampak ke"macho"an lelaki..itu amat membanggakan. Tu sebab la lelaki tak menangis.
- Sebenarnya, ramai yang tahu bahawa pemikiran lelaki dengan perempuan memang berlainan. Realitinya, perempuan akan menangis, takpun merah la biji mata bila tengok cerita yang sedih2, tapi lelaki akan sentiasa cool, relax semacam je bila ada dalam situasi macam tu..(tu pun kalau lelaki nak tengok cerita sedih la kan..). Menangis ni buang masa dan buat penat je. Dah la kaum lelaki penat balik dari kerja..takkan la bila balik rumah nak menangis pulak. Tambah lagi penat lagi ada la. Tu sebab la lelaki tak menangis.
- Keempat, lelaki sinonim dengan kekuatan. Jadi, kalau menangis, hilang kekuatan lambang ke"macho"an itu. Sebagai contoh, kalau lelaki tengah berkerja sambil menangis..mesti kerja tak siap, kalau siap pun, mungkin lambat. Lelaki tak suka lambat-lambat ni. Tu sebab la lelaki tak menangis.
- Akhir sekali, lelaki kan kacak kalau tak menangis. Muka pun akan maintain macho..hehe. Tu sebab la lelaki tak menangis. :))
Sape yang nak tambah? Sape nak buat bantahan? Sape yang nak sokong? Angkat tangan, angkat kaki..pastu luahkan apa yang nak dikatakan tu :))
Sekian tulisan dan karutan ana kali ini.. :))

17 Comments
www.fitridzulkifli.blgospot.com
xsalah lelaki nk nages....nageskn dpt kurangkn kesakitan..in term of women..myb not suitable for man...ye kot.huhu..
terpnjg laa plak komen..;p
saya pun pernah buat entri ni..kihkih...
biarlah diorg nak nangis ke tak nak..
tapi disebabkan lelaki jarang nagis...soooo...
lelaki yang menangis tu nampak lg best kut..hihi..ape lah yg ku merepek ni...
walau apa pun..nice entri(:
yup, menangis mampu hilangkan beban kesedihan yg kita alami..erm,sebab nk cover, mybe lelaki nangis dalam bilik je la kot..haha
ehem2..mknanya perempuan minat lelaki yg menangis @ berhati basah la, bukan hati kering..haha
Wah..begitu ya lelaki. Thanks for sharing!
Tp x bermakna lelaki ni xde perasaan, cuma lebih rasional drpd emosional. ;)
*x mudah utk menangis
Huhu, sori2.