Ta'awun Sempena ASISS 2019



Surau Al-Ghafur telah melaksanakan aktiviti gotong royong pada hari Sabtu bersamaan 19 Oktober 2019 lepas.

Aktiviti ini dilaksanakan bersempena Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah 2019 peringkat negeri di mana Surau Al-Ghafur akan dilawati oleh penilai-penilai ASISS pada 6 November 2019 akan datang.

Pelbagai pihak berganding bahu dan bekerjasama untuk mencantikkan bukan sahaja di bahagian Surau Al-Ghafur malahan juga di kebanyakan kawasan sekolah. 

Antara yang menyertai gotong royong ini adalah pihak pentadbir, guru-guru beragama Islam dan juga bukan Islam, murid-murid, ajk PIBG, pekerja sekolah, pengawal keselamatan, pekerja kantin dan ramai lagi.

Tahniah diucapkan pada semua atas kerjasama yang diberikan. Moga jasa kalian dipandang tinggi oleh Allah swt dan diberikan ganjaran olehNya.

Lihat galeri gambar aktiviti ini di laman facebook kami


0 Comments