Salam 'alaykum...

Waaaaaa..tanganku sudah menunjukkan kesegalannya, bukan sengal mengejek, tapi sengal2 otot, xleh nak angkat benda2 yang berat sangat, rasanya dia nak bermanja2 kejap, layan je lah. Haha..padahal semalam baru je abis main bowling, first time ana main tiga game sekaligus, first time jugak main for tournament...tu la sebab sengal2 wujud ini hari. 

Tapi xpela, ape yg penting, hati puas, walaupun sekadar amateur *yg menghampiri tahap pro, hakhakhak.. Apapun, ana saja suka2 nak join tournament ni, nak mencuba sekali sekala x salah kan, janji benda yg dibuat tak salah. Resultnye tak tau lg..hari isnin ni baru dapat, tp dgrnye team ana dapat no.5 dari 25 pasukan..its ok la kan, bukan calang2 pasukan yg join..lgpun ini first time. Yearghhhhhhh..i like very2 derrr :D

Ok la..abis citer pasal tangan dan bowling, nak taip cerita lain pulak. Walau jari ni pun ngada2 nak sengal jugak..tapi bertahan je lah hingga ke noktah terakhir :P

Semua benda akan indah bila betul keadaannya, alam akan indah bila dijaga dengan sebaiknya, manusia akan indah bila cantik pekertinya, bukan hanya pada zahir, dalaman mesti seiring. Jangan harap muka hensem, segak, cantik, ayu, comel, bergaya mutu keunggulan, tapi perangai macam *%^%^$&, itu amatlah merugikan.

Erm, x berniat nak cakap pasal kecantikan, kehenseman, tapi nak berbicara tentang tajuk. Ceritanya semalam, masa main bowling, tengah main dan bersorak kegirangan *kerana strike berjaya dilakukan, hehe..terpandang la beberapa makhluk sejantina denganku. Kenapakah dengan mereka? Ntah, rasanya xde ape pun, saja pandang pandang, haha...

Baiklah, cerita sebenar, ana pandang dorg sbb mereka berantai, bertindik, bergelang.. *Lorr..tu je ke nak bagitau? A'ah..ana nak bagitau yang itu je pun, haha..benda biasa yang semua orang pernah tengok zaman sekarang. Ada orang cakap benda tu tak peliklah, normal la tu. Tapi bagi ana, 100% benda tu soooooooooo weird. Bukan sebab pelik dgn rerantai, gegelang n tetindik *adakah perkataan ni, tapi pelik dengan manusia. Ada akal, mungkin guna, tapi hanya sikit.

Bagi ana, berhias tuk kecantikan tak salah, bahkan itu dituntut Islam..kerana Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Tapi kena tengoklah pulak bentuk perhiasan tu, bertentangan atau tidak dengan hukum.  Walaupun kita kata dunia semakin canggih, tapi akhlak manusia makin mundur ke belakang. Tak seiring langsung. Kalau seiring, xpe la kan..tapi tidak pun, sekadar budaya dan nilai2 ketimuran semakin dihakis, itu amatlah menyedihkan.

Kenapa bila mengaku sebagai lelaki Islam, tapi masih bangga tindik2 sana sini, rantai dililit di leher, gelang di pergelangan, seluar yg dipakai sengaja mau dikoyak di lutut..katanya baru trendy..up to date..canggih la sikit. 

Lumrah dan fitrah, manusia suka cantik, suka berhias, tapi kena ingat jugak, kecantikan dan berhias dalam Islam telahpun digariskan dan ia dinilai menurut kesesuaian fitrah insan itu sendiri.

Ana cuba nak highlight pada lelaki saja buat waktu ini sebab umum tahu, lelaki ni bakal memimpin banyak orang dalam hidup dia, mula dengan diri sendiri, isteri, anak2. Kalau diri sendiri tak betul, macam mana dengan yang lain? Jangan jadi macam ketam, mengajar anak berjalan lurus sedang diri pun masih tak betul.

 Sori la Beck, ana ada pic enta je, xpe kan, bukan nak buat ape pun, sekadar hiasan, tak marah kan?lalalala~~

Jalan la kat mana2 pun, semakin mudah untuk melihat lelaki Islam yg memakai perhiasan macam yang disebut tadi, atas alasan untuk nampak cool, lebih hensem dari biasa, macho..aiiii..korang tak hensem ke kalau xde benda tu? Lagi sedih, bukan je lelaki bujang, tapi jugak pada yg dah berkahwin, punya anak, teladan apa yang mahu ditunjukkan olehnya pada zuriat sendiri?

Ok, korang bagi alasan bahawa itu bukan emas, tapi alasan ni x boleh pakai derr. Alasan tak bersandar pada ilmu, sekadar taqlid boleh menyesatkan. Rasanya memang sume tahu yang emas memang dah haram untuk dipakai lelaki, macam yang disebut dalam Hadis Nabi :

Saidina Ali Abu Talib ra berkata : "Rasulullah saw mengambil sutera, lalu meletakkannya di sebelah kanannya dan mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas Baginda bersabda : kedua2 ini haram buat orang lelaki dari umatku (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah). Dalam riwayat Ibnu Majah, ditambah : "halal kedua2 ini bagi perempuan".

Jadi, memang jelas, haram emas dan sutera untuk lelaki, tapi untuk pemakaian perhiasan yang bukan emas? Untuk ini, sebenarnya kita patut lihat pada konsep pemakaian perhiasan dalam Islam. Islam agama fitrah, dan ia memberi penekanan pada penganutnya untuk jalani kehidupan berasas kepada fitrah agar tak terseleweng dari kebenaran.

Pemakaian gelang, rantai merupakan fitrah untuk wanita bukan pada lelaki. Kenapa kita kaum lelaki nak ikut fitrah yang bukan fitrah kita? Melalui hadis sahih dari Ibnu Abbas, riwayat Imam Bukhari, Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Menyerupai disini termasuklah dari segi pemakaian, perwatakan. Jadi, konklusinya, haram untuk lelaki memakai gelang dan rantai, kerana ia seolah2 menyerupai wanita walaupun ia bukan emas.

Justeru itu, apa lagi yang mahu dikata? Ana bukanlah hebat dalam menghurai tentang hukum-hakam, tapi ini merupakan konklusi dari pandangan ulama', yang menjadi pewaris Nabi, sekadar mahu mengingatkan kepada manusia tentang suatu yang x molek untuk dilakukan mereka.

Eloknya, kembalilah kepada fitrah asal, kenapa mahu mengagung2kan budaya yang entah dari mana datangnya tu. Banyak lagi benda yang baik, yang senang2 kita boleh buat, tapi masih tak buat2. Benda2  yang macam sunnah yang kita nampak remeh, tapi sebenarnya besar hikmah disebaliknya, itu yang patut kita laksanakan. 

Ana ada terbaca tentang sikap dan sifat Nabi dalam kehidupannya, cukup menarik untuk diamalkan,  syukr0n pada Bro Fizan, perkongsian yang sungguh bermanfaat buat diri ana sendiri. Sedarlah, kita bukan sahaja dapat menghidupkan sunnah, bahkan lebih dari itu, kita telah menunjukkan bahawa yang kita ni sayang akan Nabi kita..bukan sekadar melalui kata2, sebaliknya juga diserapkan melalui amalan.

Betulkan yang dah terbiasa..biasakan apa saja yang sudah trang tang tang betul..baru hidup diberkati derrr..Insha Allah.