Bila aku berkata-kata aka membebel

Salam'alaykum semua

1st day at school, biasa2 aje. Yang x best hanya pada diri sendiri. Mengantuk + perut buat hal. Nyamuk punya pasal, start dari perhimpunan pagi, menguap aje. Mata merah macam drakula nak isap darah orang..huhu. Malu la dengan cikgu2 n student baru aku.

Memang malam tadi tak boleh tidur langsung..hatiku sakit, dengan gatal2 badan bila di isap oleh makhluk kecik tu. Hmm..sedap sangat ke darah aku nih?? Aktiviti ni dah dua malam berturut2 aku buat. Baring, duduk, baring, duduk, mengenang nasib di hisap darah. Sedekah jariah dekat nyamuk2 tu **sedekah x ikhlas pun.

Malam ni, aku isytihar perang dengan nyamuk2 di sini. Kelengkapan perang aku rasanya dah cukup. Just wait n see. Harap aku x kalah malam ni. Nada tak puas hati di situ.

Apapun, aku ada rasa semacam je bila duduk kat sekolah. Mula2 datang, rasa punya la tak best nak berpraktikum. Tapi bila dah tengok muka budak2..comel2 je, terus jadi lain hati ni, semangat jadi naik semula. Alahai hati, kalau dah penyayang tu, penyayang jugak..ahakssssss..hehe. Ade chemistry la katakan. :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tutup cerita nyamuk, citer panjang2 buat sakit hati je.

Hmm..hari ni jugak, pelajar2 baru mendaftar, langkah pertama untuk menjadi cikgu2 malaysia. Harap2 korang x menyesal bila dah jejak kaki kat sini. Ye la, tempoh study lama, 5 1/2 tahun, macam2 boleh berlaku.

Hati kena kuat, jangan terhenti tengah jalan sudah. Jalan ni yang korang pilih, so susurinya dengan hati2, penuh tanggungjawab sampai ke hujungnya. Kalau ter"accident", harap2 accident korang tu ada orang lain yang nampak..senang nak call ambulance. Ye la kan, kalau xde orang yang nampak, takut membusuk je di lokasi kejadian itu.

Nasihat lagi, don't expect anything yang bukan2, just biasa2 je, sebab nanti xde la nak kecewa sangat. Paling penting, niat kena betul, untuk ilmu semata. Bukan sebab dapat elaun yang x kena bayar semula, bukan sebab kerja dah terjamin, bukan sebab lain2 yang x betul.

Aiyarkkk..pandai aku bagi nasihat kan. Huhu..tapi sebenarnya tuk diri sendiri jugak. Diri sendiri pun banyak yang x betul. Ingat mengingat tu kerja orang yang mengaku Islam :)

Akhirnya, selamat datang ke institut pendidikan guru kampus perlis ni buat korang2 semua. I'm proud to be a teacher.

Wallahu a'lam

0 Comments