Ana sebenarnya insyaAllah boleh buat apa yang disuruh orang, tetapi dengan syarat ana kena diberi masa, diberitahu awal, cukup persediaan...bukan dengan pergi ke depan kosong je. Memanglah ilmu2 yang belajar ada, tapi nak susun kata yang x pandai. Bukanlah sehebat seperti segelintir teman ana macam Akh Muhaimin, Akh Rahman, Akh Fatah waima sekalipun junior ana sendiri..mereka memang hebat, setiap butir kata ada sulamannya, penuh hikmah dan teknik menarik perhatian orang ramai. Ana pulak, bila ke depan, suara mesti terketar2, malu lah, bacaan semasa imam pun x sedap sangat, sebab tu jarang sangat jadi imam apatah lagi nak bagi tazkirah. Kalau setakat bilal, insyaAllah boleh. Tapi apapun seperti apa yang ana katakan tadi, semua benda insyaAllah ana boleh buat dengan persediaan yang cukup.
Cerita ana, kalau lah nak di check ana punya BP bila tiap2 kali diberi tugas untuk kehadapan, mesti kena tahan wad..nak bayangkan tentang debarnya ana nak buat satu2 benda depan orang ramai. Ana boleh tengok sendiri, bukan jantung je yang berdegup kencang, badan pun kalau siapa2 yang perhati dengan teliti, memang bergerak seiring dengan denyutnya jantung. Berdebar punya pasal...huhuhu. Kadang2 terfikir jugak, kenapa ana jadi macam ni, kenapa xde kebolehan untuk bercakap, pergi kedepan dengan perasaan yang rileks dan tenang...huhuhu...erm, tapi bila lama sikit, fikiran jadi ok semula, terima sahaja apa yang ada pada diri ini.
Dalam fikiran ana tadi masa bagi tazkirah, mesti kena gelak dengan orang ni, sebab x tau apa yang nak di perkatakan. Bayangkanlah pulak dengan adanya orang besar macam Pengarah, Timb.Pengarah, KJ Japim, lecturer lain lagi...malunyeee...huhuhu. Tapi lepas tu, fikir positif pulak, monolog dalam hati, cakap je lah apa yang patut, yang boleh dikongsi seperti nasihat...sikit pun cukup, pedulikan orang lain nak gelak ke, nak cakap apa pun, selagi betul dan benar apa yang nak diberi tu, teruskan je lah, so ana kuatkan hati then go on je bg tazkirah yang sememangnya ringkas tu. Nak cakap tazkirah pun bukan tazkirah, macam nasihat je sikit, jaga tentang puasa kita agar lebih baik dari yang lepas...tu je perkongsian ana untuk jemaah yang hadir. Terukkan? Ana kalau depan orang yang lebih muda sikit, ok lah macam murid2 sekolah rendah, tapi kalau ada orang lain lagi yang pandai bercakap, memang jadi macam ni lah.
Itulah diri ana, penuh dengan kekurangan. Apa yang pasti sifat terketar2 untuk berada di hadapan memang susah nak hilangkan. Nasihat ana, latihlah diri dari awal lagi seperti semasa masih di bangku sekolah agar tidak jadi seperti ana. Ana tahu, kebolehan ana bukanlah untuk berkata2, sebaliknya apa yang ana mampu adalah seperti ini, membuat penulisan. Ana lebih senang seperti ini. Kalau ditugaskan untuk bercakap, memang seboleh2nya ana akan menolak, tapi kalau dipaksa dan terpaksa, kena buat jugak. Sebab nanti mesti kena tazkirah "kita ni nak jadi ustaz, buatlah apa yang disuruh sebagai latihan, jangan asyik menjadi pendengar je, ataupun pengikut di belakang...bila pulak nak ke depan"...huhuhu, lebih kurang macam tu lah akan di tazkirahkan. Erm, memang betul apa yang dikatakan tu, tapi bagi yang x boleh macam ana ni, akan beri penuh alasan menolak, ada je tapi...tapi itu dan tapi ini.
0 Comments